BAB 3
Selepas
majlis bersanding kedua-dua belah pihak selesai . rian rehatkan diri .
kepalanya runsing dengan masalah demi masalah yang timbul . rian masih tak
dapat terima hakikat bahawa FIRDAUS MUKHRIZ adalah suaminya . sewaktu dahulu
memang lelaki itu yang dicintai tetapi selepas bertunang dia tekad untuk
melupakan lelaki itu dan mencurahkan kasih sayang dan cintanya pada
FAKIEYUDDIN. Tetapi kasih sayang dan cintanya dikhianati . lelaki sememangnya
tidak boleh control nafsunya seperti kera mendapat bunga . lelaki zaman sekarang susah mencari yang
betul-betul berkualiti ada pun tetapi sudah expired begitu juga dengan
perempuan . halal dan haram tiada beza lagi . dunia islam seperti terikut-ikut
dunia kafir .
“kau jangan
sentuh aku” pesan rian
“tapi….abangkan
suami sayang” jawab daus
“aku
perempuan murahan tak layak jadi bini kau , setan” ujar rian
“maapkan
abang , abang tak patut kata seperti itu pada sayang” rayu daus sambil melutut
pada rian .
“lepaskan lah
…selepas 3 bulan, aku nak kau ceraikan aku” daus tersentak mendengar kata-kata
isterinya .
“abang takkan
lepaskan sayang walau apa terjadi” daus tegas dengan kata-katanya .rian
tersenyum sinis
“kita tengok
nanti” cabar rian
Laju airmata
rian apabila dia dipersalahkan kurang ajar pada suami . rian tidak terniat
seperti itu tetapi keadaan memaksa rian .rian tahu daus adalah suami yang baik
. hancur hatinya apabila mendengar pengakuan daus pada ayah dan mummynya . daus
seringkali backup rian sewaktu rian hampir ditampar oleh ayahnya . bapa mana
yang tak marah jika anak yang dididik bersikap biadap . rian tekad pindah rumah
kerana baginya rumah itu tidak aman baginya . ayah dan mummy asyik puji suaminya
sahaja begitu juga maknya
.
“rian nak
pindah rumah .” tersedak ayahnya ketika makan
“no way . u
must stay here . bila ayah da puas hati pada korang berdua baru ayah izinkan”
jelas ayahnya
“apahal orang
dalam rumah ni !!! sume tak kena apa yang rian nak buat, rian da besar ayah”
tengking rian sambil mencampak pinggan .
“rian tak
baik cakap macam tu dengan orang tua” pujuk daus . rian menghempas cawan .
“kau diam !!
kau hanya orang luar. Jangan masuk urusan keluarga aku” amaran rian membuat
daus tunduk
“rian !!!!
jangan kurang ajar” marah ayahnya ditenangkan oleh mummy .
“rian takkan
kurang ajar kalau ayah tak kawinkan rian dengan setan ni” rian bingkas bangun
dari tempat makannya . ayahnya juga bingkas bangun dan mengejar anaknya .
ayahnya sempat menarik tangan rian .
“berani kau
kata macam tu” ayahnya menampar rian hingga jatuh terduduk . daus segera
mendapatkan isterinya dan rian menepis .
“suka kau kan
!! hancurkan keluarga aku” maki rian pada daus .
Keadaan rumah
menjadi tegang , rian mengamuk seperti dirasuk hysteria. Rian tekad pindah
rumah . ayah dan mummy dan meminta maaf pada daus atas tingkahlaku rian kerana
rian sebelum ini tidak macam ini .
Daus mengetuk
pintu dan masuk . rian menangis yang bersandar dibucu dinding . hati daus ingin
memujuk si isterinya tetapi daus takut rian mengamuk lagi . daus tidak mahu
keadaan menjadi tegang . mungkin ada benarnya kata-kata isterinya . dia ibarat
seorang penghancur keluarga isterinya . sebelum daus melangkah keluar rian
memanggil namanya.
“daus……” sayu
mendengar suara rian .
“iya ,sayang
…” pujuk daus sambil merapatkan diri dengan rian . rian dalam pelukkan daus .
sebenarnya rian rindukan pelukkan tersebut tetapi ego . ego menguasai
segalanya.
“tolong ceraikan…aku
..” permintaan rian . daus menolak rian yang dalam pelukkan .
“abang takkan
lepaskan rian ..faham” tegas daus
“aku tak
cintakan kau” kata rian
“itu tak
penting ..cinta boleh dipupuk selepas kawin” tegas daus . rian menjerit sekuat
hatinya . begitu tertekan perasaan rian . rian memberontak .
“kalau tak
boleh pupuk?” soal rian
“insyaallah .
sume di tangan tuhan .” terang daus membuat hati rian sedikit tenang .
6 BULAN KEMUDIAN,
Rian panik .
dia membilang hari jarinya . hari ni dah masuk 5 hari daus masih lagi tidak
sedarkan diri daripada koma . daus terlibat kemalangan jalanraya ketika ingin
pulang ke rumah . rian dapat terima hakikat yang daus itu suaminya tetapi tuhan
mengujinya dengan satu ujian . rian tidak makan kerana menjaga daus sehingga
sedar . daus membuka cawangan restoran bersama rakan kongsinya ,hatta . segala
urusan direstoran dan salun hatta ambil alih sementara daus betul-betul sembuh
.
“abang jangan
tinggalkan rian” teresak-esak rian sambil mencium tangan suaminya . sedih
hatinya melihat wayar-wayar disekeliling badan suaminya .
“rian
rehatlah dulu .mama jaga daus ye sayang”pujuk mama daus
“rian nak
tunggu sampai abang sedar ma.” Jawab rian . geleng kepala mama daus .
“rian kena
jaga kesihatan rian , kalau rian sakit siapa nak jaga daus” pujuk mummynya.
2 BULAN KEMUDIAN,
Daus boleh keluar hospital setelah doktor
memberi kebenaran untuk pulang . rian mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga
kebajikan suaminya ketika sakit. Sudah 3 bulan
rian tinggal dirumah banglo pemberian ayah dan mummynya itu . perhiasan
rumah itu 100% idea rian dan daus . daus sangat kreatif memilih landskap sesuai
dengan persekitaran rumah itu . pernah juga rian mencadangkan pada daus ingin
membela anak harimau tetapi surat permohonan yang dibuat di zoo Negara ditolak
kerana mempunyai banyak faktor . mummy dan ayahnya pelik dengan idea bodoh anak
dan menantunya itu . mama dan papa daus mencadangkan rian mengambil anak angkat
tetapi daus menolak kerana lebih elok mempunyai anak sendiri .
“abang kita
mamam ye” bubur di mangkuk ditiup lalu menyuap ke mulut suaminya .
“tawar lah
sayang , tak mau la..buh sikit garam” kata daus
“orang sakit
mana boleh makan sedap-sedap” pujuk rian
“tak mau….”
Tegas daus
“heiii, aku
sepak kangg” ngamuk rian
“ingat orang
takut la tu” ujar daus .
“tak mau
makan sudah !!!” rian terus melangkah masuk ke bilik .
Sejak daus
sihat daripada sakit akibat kemalangannya itu ,perubahan daus sangat ketara
hingga selalu pulang lewat malam . dengan keadaan mabuk . dan memaksa rian
semasa bersetubuh . rian pelik dengan tingkahlaku suaminya . tidak seperti dulu
. seorang penyayang dan romantik . pernah sekali dia mengekori suaminya keluar
. dia melihat suaminya dengan geng-geng bapok di zouk club . rian menangis .
apabila ditanya daus pasti melenting .
“siapa bapok
tu?” soal rian
“bapok mana?”
jawab daus
“haiiiii,
pura-pura tak tau pulak . ingat rian buta ke hah!” kata rian
“ooo.. jadi
kau spy aku la ye . helo, bapok tu lagi syok daripada perempuan .” jawab daus
segera melangkah masuk dalam biliknya . rian menangis mendengar kata-kata daus
. adakah aku salah tidak pandai menjaga suami aku . rian tekad jumpa bapok tu .
Rian
curi-curi membuka handset suaminya dan mengambil nombor bapok yang dimaksudkan
itu . rian memulakan plan A nye. Rian memberi mesej kepada bapok itu ingin
jumpa . bapok itu segera membalas mesejnya dan menetapkan tarikh, masa dan juga
tempat . tanpa pengetahuan daus ,rian keluar jumpa si bapok . siap kau bapok !!
.
“saya rian”
sapa rian . bapok itu menghulurkan salam tetapi tiada respon rian .
“saya hetty”
sapa bapok
“kau tau tak
tujuan aku kemari jumpa kau” soal rian .
“tak tahu”
bapok itu menggeleng kepala .
“jangan kacau
suami aku. Faham” amaran rian pada bapok sambil mencampak air ke muka dia .
“faham”
terkejut berok si bapok itu .
“kalau kau
degil nahas kau !!” ugut rian . ramai yang memandang segera bapok itu beredar .
baru puas hati rian .
Daus
tergesa-gesa masuk kedalam syarikat SP SETIA SDN BHD milik bapak mentuanya
sempat ditahan oleh setiausaha rian .rian yang sibuk membuat discussion dengan
klient . selepas habis meeting rian ke ruang bilik pejabatnya dan melihat daus
setia menunggu . wajah daus seperti nak terkam orang tapi rian berlagak selamba
.
“ya abang
kenapa datang ofis rian . jumpa kat rumah la” kata rian sambil membetulkan
bajunya .
“kau dah
betul-betul melampau kan perempuan” jari telunjuk daus tepat ke wajah rian
membuat rian dalam ketakutan .
“apa salah
rian” soal rian
“apa salah
kau , kau tanya aku?.. kenapa kau malukan hetty depan khalayak ramai. Mana
maruah kau hah” berang daus .
“sepatutnya
rian tanya abang . mana maruah abang sebagai suami rian . panas telinga rian
mendengar mulut orang mengutuk abang” ngadu rian .
“aku ni suami
kau ye?” soal daus .
“abanggg ….”
Sayu suara rian .
“kau penah
cakap kat aku masa malam perkahwinan dulu . kau nak aku lepaskan kau lepas 3
bulan kawin . so jadinya aku akan lepaskan kau” tegas daus . terjatuhnya talak
secara automatik .
“sampai hati
abang .. rian mula sayangkan abang ..abang balas rian seperti ni .. lelaki
sumer sama” kata rian menahan airmata .
“Adriana
syazwani ..hari ni ..aku firdaus mukhriz dengan rasminya menceraikan kau dengan
talak satu” terus daus keluar dari ofis . terjelupuk rian jatuh . kini dia
bergelar janda.
Selepas
selesai di jabatan agama rian salam mama dan papanya buat kali terakhir . mummy
dan ayahnya tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana rian tidak menceritakan
pada mereka . rian memendam perasaan . daus tersenyum dan terus beredar .
“rian nak
sambung belajar .boleh mummy ?” pinta rian . mummy dan ayahnya percaya rian
seorang perempuan yang kuat semangat . mereka mengizinkan .
“ayah suggest
tempat ayah nak? Kat US” suggest ayahnya kerana dia tidak mahu anaknya merana
duduk di Malaysia yang tidak sesuai dengannya.
“tak apalah
ayah , rian sambung kat Malaysia jugak . rian bukan pengecut nak lari daripada
masalah” tegas rian . membuat mummy ,ayah serta maknya tersenyum .
SEBULAN KEMUDIAN,
Selepas
mendaftar diri di UM ,bangsar . rian bergegas ke kantin membeli minuman .
terlanggar dengan seorang mamat . mukanya familiar seperti kenal saja .
“eh , macam
kenal ja .. rian kan?? …..” sapa fendi
“ya.. haiiiii
,fendi .. buat apa kat sini?” soal rian
“aku ngajar
sini ,kau pulak? ” jawab fendi
“aku ehh..
aku continue study kat sini .” kata rian . membuat fendi tersenyum .
“wahhh ,
bagus . ada chance la hari-hari aku keluar belanja kau” usik fendi .
“kalau kau
belanja no hal …..” balas rian .
“cantik kau
sekarang rian tak macam dulu aku kenal..” kata fendi .
tak percaya
dengan perubahan rian semakin cantik . rian sempat memukul bahunya . fendi
mengosok bahunya. Loceng berbunyi .
“weii, aku
kena gerak dulu” pinta rian . rian berlari ke auditorium canselor . tak sempat
fendi meminta nombor telefonnya dan jurusannya . fendi jalan sambil tersenyum
sorang-sorang dan ditegur oleh studentnya .
Fendi
merupakan lecture bidang economy . dan dia merupakan lecture yang paling muda
dan kacak . membuat ramai student tergila-gilakannya . hatinya tidak terbuka
untuk sesiapa pun . selepas putus tunang dengan anak kawan baik ibunya . fendi
juga lecture rian . bila rian tidak faham pasti akan berjumpa dengan fendi .
mereka semakin rapat sehingga ada mulut orang yang mengata. Mereka hanya
sekadar kawan dan tidak lebih.
Daus seperti
gila talak . dia tidak sedar apa yang terjadi . seperti ada orang yang mengawal
gerak-gerinya . daus jumpa dengan seorang ustaz yang pakar dalam perubatan
islam . ustaz itu mengatakan dia telah disihir . sebab itu apabila bersama
dengan isterinya dia menjadi panas . daus mendapat tahu siapa yang menghantar
sihir kepadanya tetapi daus tidak membuat apa-apa tindakan kerana ustaz itu
kata jika dia menyerang si penghantar sihir maka lagi dahsyat sihir yang akan
dibalas . daus berubat dengan ustaz pakar . apabila dirinya disahkan baik .
daus ingin mencari rian dan ingin rujuk dengannya .
Daus
menghantar mesej tetapi tiada respon . daus jumpa mummy dan ayah rian dan
menceritakan apa yang berlaku . mereka memberi sokongan kepada daus . ayah rian
memberi kunci rumah rian kepada daus . daus parking kereta di rumah tan sri
zulkarnaen dan menaiki teksi . kerana dia takut rian tahu kehadirannya ke rumah
tersebut .
“assalamualaikum”
daus ketuk pintu .terbuka .
“waalaikumsalam
..eh ,encik daus ..masuklah ..puan belum pulang” kata mak jah . orang gaji
dirumah rian .
“mak jah tuan
besar memberi mak jah cuti seminggu pulang ke kampong mak jah pergi la
siap-siapkan pakaian” terang daus . mak
jah tidak banyak membantah lalu siapkan pakaiannya kerana sejak kerja disini
.jarang sekali mak jah pulang ke kampong melihat keluarga disana .
“ini kunci
rumahnya encik daus .” mak jah memberi kunci rumah kepada daus . daus mengambil
kunci dan menghulurkan RM500 perbelanjaan untuk mak jah
“terima kasih
encik daus..” lalu mak jah beredar menaiki teksi .
Daus menunggu
rian pulang . bunyi kereta rian lalu daus menyorok .rian seperti bercakap
dengan seseorang . daus mengintai di balkoni . bengang melihat agenda rian
dengan seorang lelaki menaiki kereta BMW .mesra sungguh rian dengan lelaki itu
. rian memanggil mak jah berkali-kali
tetapi tiada respon . rian mengangkat beg berisi barang dapur dan membawa ke
ruang dapur . selepas habis kemas . rian masuk dalam bilik dan mandi . daus
curi-curi masuk kedalam bilik dan baring di atas katil milik rian. selepas rian
mandi ,rian keluar dengan keadaan berkemban . daus berdehem alangkah teranjat rian . rian
mencampak botol losyen kearah daus di katil .sempat dielaknya . daus lekas
bangun dari katil itu dan kearahnya . rian tidak sempat mencapai baju tidurnya
di atas meja lalu tangannya ditarik oleh daus . sebelah tangan rian memegang
tuala dan sebelah lagi menolak daus . hampir terlondeh tuala tersebut . rian
menjerit tetapi jeritannya tiada siapa yang mendengarnya .
“keluar dari
bilik aku” halau rian . daus gelak kuat . membuat hati rian dalam ketakutan .
“kalau tak
mahu, macam mana” daus membuat muka gatalnya
“aku kata
keluar ,keluarrrr !!!!” bentak rian
“abang tetap
tak mahu” balas daus
“jangan
sampai aku menjeritt !!!!” marah rian
“menjerit
laaa .. abang takkan keluar bilik ni kalau sayang tak rujuk dengan abang” ujar
daus . rian tercengang.
“kau dah
ceraikan aku lepas tu kau nak rujuk .” kata rian
“maapkan
abang ,itu bukan kemahuan abang” celah daus dengan nada penuh penyesalan.
“aku takkan jilat balik apa yang kau dah
ludah” balas rian . menolak tubuh daus dan segera lari ke dalam bilik air .rian
menolak pintu bilik air dan sempat dihalang oleh daus .
“abang kasi 2
pilihan samada rela atau paksa” daus gelak terbahak-bahak seperti dirasuk
syaitan.
“aku tak mau
..keluar kalau tak aku repot polis” ugut rian .
“telefon la
..tak takut .. tu telefon sayang kat atas meja.” Tunjuk daus . rian menjerit sepuas
hati dalam bilik . rian mengalah .
“kau nak apa
dari aku” soal rian
“abang nak
kita rujuk” ringkas daus .
“aku tak mau”
balas rian
“abang paksa
sampai mau.. rian nak lahirkan anak luar nikah ke?” ugut daus .
“arghhhh…tak
mau !! kau jangan buat macam-macam !!” jerit rian . lain kali aku kena pasang
telefon dalam bilik air untuk safety bisik nakalnya.
“kalau tak
mau abang buat macam-macam ,kita rujuk semula” ujar daus
“ok tapi
dengar satu syarat ?” syarat rian kepada daus
“apa dia
sayang ..” tanya daus
“kita bincang
dulu .discuss dengan parent, tak mau paksa-paksa tak suka la. Ambik kan rian
baju tidur dulu . tak kan nak berkemban
jer” rungut rian .
daus licik orangnya walaupun Nampak lembut.
Daus menghulurkan mini skirt tanpa baju kepada rian .
“eeiiii, apa
ni mini skirt .. mana bajunya .” rungut rian lagi . rian membaling mini skirt
itu kearah daus .
“senang nak
buat anak lepas ni” usik daus
“arghhhhhh
…..” jerit rian . menitis airmata rian secara tiba-tiba .
Daus mencari
baju tidur dan menghulurkan pada rian . seluar tidur ada pada tangan daus .daus
acah-acah dengan rian . membuat semakin menjadi-jadi nangisnya .
“nah , amik
la” kata daus .
“jangan buat
rian macam ni” sayu suara rian . rian memakai baju tidur dan towelnya sebagai
seluar . rian keluar dari bilik air dan mengambil seluar dari tangan daus .
(bersambung……..)