Friday, 27 September 2013

mr.wife itu suamiku - PART 2



BAB 2


SETAHUN KEMUDIAN ,
Hari ini sudah genap 23 tahun umur rian , beza umur rian dan daus cuma 5tahun .rian lebih muda daripada daus . Puan sri Amanda meraihkan ulangtahun anaknya dengan meriah dan besar-besaran sempena majlis ulangtahun anak tunggalnya itu dirumah banglo miliknya . terpancar sifat keibuan pada air muka puan sri Amanda walaupun dia tahu kekurangannya . malah dia sangat bersyukur mempunyai suami seperti tan sri zulkarnaen sebelum ini pernah juga dia meluahkan hasrat hatinya merelakan suaminya berkahwin dengan perempuan lain (walaupun sudut hati wanita itu tidak merelakan sisuami berkahwin lain) tetapi ditolak mentah-mentah oleh suaminya sendiri kerana bagi suaminya isteri adalah segala-galanya tidak sanggup rasanya menduakan si isteri walaupun didesak.

“abang betul ke abang nak hadiahkan rian rumah itu” soal puan sri Amanda pada suaminya tan sri zulkarnaen yang sedang membelek geran rumah yang dibeli tempoh hari untuk anak gadisnya. Rumah banglo 3 tingkat yang dibeli di bukit antarabangsa yang bernilai hampir 1.5 juta ringgit dilengkapi dengan segala kemudahan termasuk gym ,kod tennis ,kolam renang dan pusat karaoke serta mini pawagam.
“iye ,sayang abang nak hadiahkan rumah yang kita beli tempoh hari. Rian satu-satunya anak kita walaupun harta kita berlimpah tapi harta tu kita tidak boleh bawa masuk kubur .so tak salah saya beri pada rian dan syarikat itu pun tak lama lagi dia akan handle juga. Sayang jangan risau lah. Abang yakin rian boleh buat .” penjelasan tan sri zulkarnaen. Hadiah itu adalah surprise untuk anaknya. Pasti rian suka .


Majlis itu dijemput semua orang ramai dan dimeriahkan lagi  rakan kerja ,jiran-jiran ,saudara-mara serta kawan si suaminya yang terdiri daripada golongan orang-orang berada tetamu undangan seperti VVIP dan rakan artis . majlis itu dibanjiri seramai hampir 2000 orang tetamu dan terdapat 4 jenis catering dan 12 khemah . rian mengenakan dress pemberian,mama daus . dress berwarna merah putih itu kena pada susuk tubuh rian yang langsing dan seksi walaupun labuh tetapi labucci itu membuat si pemakai kelihatan jelitawan serta di padankan dengan tudung fareeda bercorak butterfly,tempahan ekslusif huda pada rian .rian juga pandai padankan tudung dengan majlis . dress itu tempahan khas oleh Datin Sri paduka fasha untuk rian yang bernilai hampir 10 ribu ringgit yang dibeli ketika melancong ke Australia .

 pintu biliknya diketuk oleh daus dan ketika daus melangkah masuk dalam bilinya ,daus tergamam dan mulutnya melopong  melihat kecantikkan ADRIANA SYAZWANI yang sesuai mengenakan dress labuh itu serta dipadankan tudung . daus sepadankan bajunya dengan warna merah putih pemberian daripada mummy rian .tempahan khas dibuat untuk majlis harijadi rian . kelihatan kacak dan tiada lagi perwatakkan lembut daus itu lagi .


“wow”   daus mengamati kecantikan rian
“woiiiiii !!!!! (jerkah rian) awat , gemuk sangat ke aku ni” tanya rian ,tangannya menutup bahagian dada
“tak lah .i look you so gorgeous ..cantik ,perghhhh” puji daus
“kepala otak kau !!!” marah rian.
 Daus cuba merapatkan diri dengan rian . rian mengundur langkahnya .mengundur  satu tapak ke satu tapak lalu badannya sandar ke dinding . secara spontan tangan daus mengusap wajah cantik rian, Pipi mulus dan bibir rian sempat dikucup oleh daus dan kepalanya hinggap ke leher  bauan perfume yang dipakai oleh rian mengocak naluri kejantanan daus lalu tangannya merayap ke punggung rian .daus menarik pinggang rian dan dipeluknya. rian yang terleka dan terlena dengan belaian daus yang hampir-hampir kearah KEMAKSIATAN..
“perghh, mantap” seloroh daus diakhiri dengan ketawa .kebetulan huda dan siddiq lalu dan terlihat agenda tersebut pura-pura tidak Nampak dan segera beredar dari tempat itu sambil ketawa.
“bongok la kau !!” mengamuk singa betina . tersipu-sipu malu dengan tindakan daus .


rian kejar daus yang lesap tetiba rian terpijak kain dressnya itu lalu badannya tidak dapat diimbangkan sempat disambut oleh si jejaka yang tidak dikenali. Daus melihat agenda itu belum sempat disambut pantas tangan si lelaki sewel itu menyambut .nasib baik rian tidak jatuh tangga  . ehemmm!!!!!! Tan sri zulkarnaen membuat masing-masing tersedar dari lamunan lalu rian segera bangun membetulkan dress dan tudungnya dan memeluk ayahnya .malu perbuatan tersebut membuat pipi rian merah tanpa mengenakan blusher 03.


“terima kasih.” Kata rian yang menyorok dibelakang ayahnya
 “sama-sama,next time be careful” . Si jejaka itu menjawab
Tan sri zulkarnaen pelik rian tetiba-tiba peluknya dan kebetulan Datuk sri Dr. faris berada di situ .
“rian what happen going on ?” soal ayahnya . pucat muka daus gara-garanya rian hampir-hampir masuk ICU jatuh tangga dan malu perbuatannya yang mencium rian dibiliknya itu.
“nothing ayah ,daus ni..” tuduh rian sambil menunjuk jarinya kearah daus dan kebetulan mama daus lalu disitu yang pelik
“uncle sorry..,rian sorry ..daus minta maaf” daus tahu rian pura-pura tidak mendengar kata maafnya tapi dalam hati rian dupdap dengan si jejaka yang selamatkan dan perbuatan dalam bilik tadi .
“takpe , korang ni da besar perangai macam budak-budak” ditegur uncle dan papanya yang memberi isyarat tampar jika buat lagi.


 Suasana riuh tadi  kini menjadi suram kerana perasan serba salah daus pada rian sangat kuat dan daus malu terus melangkah keluar dari rumah tanpa menunggu majlis itu mula dan sempat dikejar oleh rian .  Rian tidak sepatutnya memarahi daus kerana dia tahu daus tidak berniat seperti itu . Rian juga serba salah kerana menyalahkan daus terus-terusan lantas telefon dicapai dan mendail nombor daus tapi tidak dijawab . puas juga dia menelefon hingga kreditnya habis dan mata rian melilau mencari mummy dan maknya tetapi kehadiran orang ramai menyukarkannya mencari mummy dan maknya itu . rian tiada kawan lain selain daus . sifat garang dan gangster rian membuatnya tiada kawan kerana rian tak mahu dipijak oleh kawan-kawannya. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta” . rian kearah DJ yang menjaga PA system dan mengarahkan buat pengumuman memanggil mummy dan maknya. 5minit selepas itu muncul 2 orang wanita yang berpakaian sama warna kearahnya.


“kenapa sayang, mummy dengan mak busy?” soal mummynya yang penat melayan tetamu yang hadir . lalu rian menceritakan apa yang berlaku antara dia dan daus . terbeliak puan mariana kerana dia sudah masak perangai daus yang cepat sensitive.
“sabar nak oi, telefon lagi” puan mariana pujuk rian yang hampir menitis airmata.
“rian salah mummy.. rian salah mak” kata rian penuh serba salah
Datin sri paduka fasha kelihatan mencari sesuatu ?.
“rian Nampak daus tak, Nampak daus tak manda , mariana?? ” soal Datin sri paduka fasha tidak tahu apa yang berlaku . lagi deras airmata rian menitis dan rian tak dapat mengawal perasaan lalu dia menangis kuat .
“mummy cari dia ye”pujuk puan sri Amanda dan puan mariana. Puan mariana memberitahu pada datin sri paduka fasha
 Majlis itu diteruskan juga tanpa daus disisinya . memang rian sukakan daus tapi daus hanya menganggapnya sebagai adik-beradiknya. Selepas potong kek rian terus beredar ke bilik dan menangis dan rian teringat peristiwa tadi. Rian keluar bilik dan mengambil minuman dan terserempak jejaka yang selamatkannya tadi .
“hai, saya fakieyuddin” sapa si jejaka itu
“saya rian” ringkas rian
“saya tahu ..” kata fakieyuddin
“macam mana tahu?” soal rian sambil kening kiri terangkat .konon seperti ziana zain.
“tu banner ..ADRIANA SYAZWANI” tawa rian dan fakieyuddin.




3 BULAN KEMUDIAN ,
Daus mengelak diri daripada jumpa dengan rian selepas peristiwa tempoh hari . perniagaan salun daus maju dan semakin ramai pelanggannya . daus dalam proses membuka restoran .daus bukan calang-calang orangnya ,daus pakar memasak kerana semasa sambung belajar jurusan business management international di USA, daus mengambil kelas masakan dan part time di restoran terkenal di la brea avenue, los angeles tanpa pengetahuan mama papanya. Daus sebenarnya tidak gemar tentang selok belok perniagaan kerana dia lebih suka kearah masakan dan salun (dandanan) .

Fakieyuddin dan rian semakin rapat tetapi hati rian tertumpu pada daus . kehilangan daus membuat hatinya runsing  . perkenalan fakieyuddin selama 3 bulan membuat fakieyuddin tekad ingin memperisterikan rian . apabila ditanya tentang kawin pasti rian mengelak pelbagai alas an diberi . fakieyuddin tekad ingin menghantar rombongan minang hujung minggu ini . rian buntu kerana dia tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap fakieyuddin itu . rian tekad mencari daus . rian hanya cinta daus .
pintu bilik daus diketuk . tiada jawapan . rian memulas tombol pintu. terbuka . daus masih tidur. katil daus berselerak dan rian kemaskan kerana hati rian memberontak ingin jumpa daus . rian kearah katil daus, tangannya mengusap kepala daus dan daus mencelik matanya dan terperanjat rian yang datang sangkanya ialah mama.


“assalamualaikum” sapa rian
“waalaikumsalam” jawab daus sambil menarik bantal menerkup mukanya
“busuknya mulut ,bangunlah” daus bangun menuju ke bilik air dan rian setia menanti dikatil miliknya.
“ada apa datang pagi-pagi macam ni” soal daus keluar dari bilik air . rian menarik nafas dalam-dalam untuk memudahkan percakapannya walaupun sedikit nervous.
“kita kawin nak daus” soalan cupumas rian membuat daus tersentak .
“what!!! what the hell !! ” bulat mata daus  itu tapi dia binggung kenapa rian tiba-tiba ajaknya kawin.
“jom .. rian sayang daus” pinta rian sambil memegang lengan daus
“no..no.. no way” jawapan daus
“daus anggap rian sebagai apa? Please jujur .” mata rian bertentang mata dengan mata daus
“da.. daus anggap ri..rian sebagai a..aadik” daus berjalan menuju ke tingkap dan menarik langsir .cahaya matahari menerobos ke dalam bilik itu . rian kearah balkoni menghirup udara segar kerana dia tidak boleh menipu perasaannya terhadap daus begitu juga dengan daus .
“betullah daus hanya anggap rian sebagai adik??” kata rian menitis air mata
“aku takde hati dengan kau so keluar daripada bilik aku..get out from my room !!!” halau daus kerana dia takut cair dengan melihat airmata rian .
“sampai hati daus , habis malam hari tu kenapa daus …..” rian belum sempat mengabiskan kata-kata
“aku tak sengaja” celah daus .
“tak sengaja daus kata, pandang rian !!” tangannya memegang muka daus dan memaksa daus memandangnya . daus menepis ,tangan rian terkena tingkap balkoni .
“kenapa kau tak marah ,masa aku cium kau malam tu” tanya daus dengan meninggikan suaranya . terkejut rian.
“habis??”soal rian
“kau ni ibarat perempuan murahan!!!! ”  kata daus secara tak sengaja .


Pranggggggg !!!!!!! tangan rian menampar daus atas kecabulan kata-katanya itu.  
rian melangkah keluar bilik daus sambil menangis. Terlanggar bahu dengan mama daus lalu rian terjatuh. Rian lekas bangun dan mengesat airmatanya dan segera meninggalkan   rumah.  Belum sempat mama daus tanya . mama daus mencari daus dalam bilik nak tanyakan apa yang berlaku .Daus menerkup mukanya dengan tangan dan menangis . bibir daus berdarah sebab tamparan kuat daripada rian membuat daus tersedar lalu tangannya mencapai kunci kereta dan mengejar rian . dia benar-benar tak sengaja .

Kereta rian masuk parking di Rumah banglo 4 tingkat. Mummy dan ayahnya sedang minum petang dan pelik melihat Rian menangis teresak-esak dan menuju ke bilik mengemas pakaiannya tetapi hatinya buntu tidak tahu kemana nak pergi. Selesai mengemas beg rian kearah mummy dan ayahnya dan dia meminta izin ingin menenangkan fikiran . mummynya tidak tahu apa yang berlaku . ayahnya mengizinkan kerana rian bukan budak-budak lagi.
Selepas 15 minit rian pergi , kereta sport milik kuning daus diperkarangan rumah . mummy dan ayah rian melihat daus serabai dan bibirnya berdarah lalu mummy rian memanggil kak ita ambil first aids.
“uncle mana rian ?” soal daus
“dia baru keluar katanya nak pi tenangkan fikiran” jelas ayah rian
“tahu tak dia pi mana?” nada cemas daus
“uncle dengan auntie tak tau.”jawab mummy rian
“kenapa ? apa yang da berlaku? Daus…” soal ayah rian
“saya sayang rian uncle, saya tak mau kehilangan dia” kata daus . dan menerangkan apa yang dah berlaku dirumahnya itu .

Rian menuju ke rawang ,rumah huda . kehadirannya membuat huda dan siddiq terperanjat dan sempat bermain dengan anak buah kembarnya aina&amir. Jam menunjuk pukul 10.30 malam rian beransur pulang setelah penat mengabiskan masa membawa anak buahnya dan kakak dan abang iparnya shopping di tesco ,rawang dan selayang mall. Telefonnya tidak berhenti berbunyi sehingga membuat rian bengang lalu silent mode.

Rian singgah 7 eleven dan membeli simkad baru . baginya dia tak mahu ingat apa-apa kenangan dan mahu lupakan daus kerana daus hanya menganggapnya sebagai adik dan rian terpukul kata-kata daus “perempuan murahan” airmatanya deras mengalir .  rian membuka iphone dan mematahkan simkad lama dan memasukkan simkad baru ke dalam handsetnya dan mengaktifkan. Keretanya menuju ke dataran merdeka dan berhenti . rian memandang suasana sibuk waktu malam di dataran merdeka . hatinya sedikit okay apa selepas meluangkan masa dengan kembar .

Selepas check-in hotel midah area kawasan situ juga . rian segera mendail nombor fakieyuddin dan setuju dengan rombongan meminang pada hujung minggu ini . segala persiapan fakieyuddin akan uruskan termasuk hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan . rian telefon maknya dan memaklumkan majlis pertunangannya dengan fakieyuddin . fakieyuddin bekerja sebagai doctor pakar bedah dan bertugas di KPJ Ampang Putri.



MAJLIS TUNANG RIAN,
Sehari sebelum rian bertunang , rian pulang ke rumah dengan keputusannya ingin bertunang dengan fakieyuddin . terperanjat mummy dan ayahnya . kini ,Rian sah menjadi tunangan fakieyuddin . rian kelihatan cantik dan bertrampilan ringkas mengenakan busana dan Andaman kawan mummy itu .rian memakai busana jubah purple dan dipadankan dengan selendang pink. sebentuk cincin bertakhta belian dan cincin belah rotan serta rantai emas ukiran nama “rian” pemberian pihak lelaki kepada perempuan . dalam gembira rian terselit kesedihan . kerana dia telah berjanji akan sayang bakal suaminya kerana bakal suaminya akan menjadi imam selepas kawin . dia berusaha melupakan daus .

Sanak saudara belah mummy,ayah dan maknya cukup memeriahkan majlis persepsi itu . fakieyuddin juga turut hadir selepas selesai majlis sarung cincin . terpancar seri di wajah fakieyuddin dan rian . daus tidak hadir kerana ada urusan di beijing . daus membawa hati yang lara kerana menyesal kerana tolak rian pada tempoh hari . jika dia bersetuju dengan rancangan rian pasti rian miliknya sekarang.

Walaupun daus tiada jodoh dengan rian tapi keakraban keluarga daus dan rian tidak terputus. Mama dan papa daus faham situasi mereka 

.
“tahniah sayang” ucap mama dan papa daus
“thanks ,auntie.. uncle” ringkas rian .
“daus mana?” soal rian mencari kelibat daus.
“dia ada urusan kerja ,sekarang kat Beijing” terang papa daus.


Selepas habis majlis itu semua orang bertungkus-lumus mengemas seperti bentuk asal. Kak ita yang membersihkan kolam renang dan si kembar sibuk mengacau tok mummy(Amanda) . ayahnya memberi envelope dan rian membuka dan terperanjat melihat geran tanah rumah bukit antarabangsa tetapi tidak pernah rian tahu ayahnya ada rumah di sana .



6 BULAN KEMUDIAN
Daus melihat fakieyuddin berjalan berpeluk-pelukkan dengan seorang perempuan tetapi free hair bukan rian . daus ingin telefon rian tetapi pasti rian tidak percaya kerana dia lebih percayakan tunangnya itu.  Daus dan rian sudah berbaik. Dan rian menganggap daus sebagai abang. Ramai cerita buruk tentang fakieyudin dan yang pasti fakieyuddin itu bukan baik pasti ada agenda untuk rapat dengan keluarga rian.

  Rian membeli-belah pavilion dan terserempak dengan daus alangkah terperanjatnya kerana sejak rian tunang jarang sungguh dia berjumpa dengan daus . daus kini bergelar usahawan Berjaya seperti bapanya . daus membuka restoran dan dia merupakan salah seorang daripada chef di restoran miliknya sendiri .


“rian lama tak jumpa ?” sapa daus
“ye ke ? ada saja just busy sekarang” jawab rian .
“jom minum-minum macam dulu” tanya daus
“sorry , I have to go now !” balas rian . dan terus melangkah keluar .


Malam esok merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup dan hari yang dinanti-nantikan kepada setiap pasangan sebelum ijab kabul .dimana hari rian bergelar isteri kepada dr.fakieyuddin . selepas persiapan semuanya selesai rian membersihkan diri seharian penat . perutnya sakit kerana hari pertama period. Mummy dan ayahnya mula sibuk dengan segala persiapan tentang majlis yang hampir tiba . saudara-mara yang jauh disediakan bilik dan selebihnya tinggal di hotel berdekatan dengan hotel tempat bersanding.

 selepas menerima panggilan  rian ,mummy dan ayah bergegas menuju ke jabatan agama islam . suara auntie fauziah ibu kepada fakieyuddin amat cemas semasa menelefon rian . dalam perjalanan rian menangis tak berhenti puas dipujuk oleh mummynya. Ayahnya kelihatan tenang memandu kereta tanpa driver . kelihatan fakieyuddin bersama-sama perempuan seksi yang ditangkap berkhalwat di hotel 5 stars. Hati rian bagaikan dicucuk duri sembilu setelah dapat tahu tunangnya ditangkap khalwat dengan perempuan lain .keterangan saksi bahawa semasa tangkapan itu berlaku fakieyuddin dan perempuan itu tidak memakai Seurat benang .


“abang mintak maaf , abang tak dapat kawal nafsu abang” rayu fakieyuddin sambil melutut kaki rian . kebetulan daus sekeluarga datang .
“dah berapa kali abang buat?” pertanyaan rian membuat fakieyuddin tersentak .
“dah banyak kali, maafkan abang” jujur fakieyuddin . ibu dan daddynya mengamuk setelah mendengar pengakuan tersebut .
“kita batalkan perkahwinan kita” keputusan rian membuat semua orang terkejut .
Malam itu juga fakieyuddin dan perempuan itu dikahwinkan untuk menutup aib keluarga fauziah dan farish . rian terus pulang kerumahnya dan mengambil wuduk .selesai berwuduk rian terus tidur dan dia tidak mahu ingat peristiwa yang berlaku tadi .

Daus membuat keputusan berkahwin dengan rian setelah berbincang dengan mama dan papanya untuk menutup aib keluarga tan sri zulkarnaen dan puan sri Amanda . daus dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rian . majlis itu tetap berlangsung tetapi pengantin lelaki sahaja yang bertukar .daus akan bertanggungjawab keatas rian . 


“daus akan kawin dengan rian” kata datuk sri paduka faris bersama isterinya.
“tanya tuan badannya ,takut tak boleh terima” jawab tan sri zulkarnaen
“awak yang kena buat keputusan bukannya anak awak . ini pasal masa depan syarikat dan nama baik awak”  ujar datuk sri paduka faris .
“kami sekeluarga bingung sekarang” keluh tan sri zulkarnaen
“fikirkan lah ,kami sekeluarga ingin membantu. Lagipun daus dan rian dah memang rapat.” Kata datuk sri paduka faris sebelum pulang .
Tan sri zulkarnaen bersama isterinya puan sri Amanda berbincang dengan puan mariana tentang majlis rian . mereka bersetuju .
“ayah dan mummy nak rian kawin dengan daus .ini perintah ayah” tegas ayahnya . puas rian pujuk mummy dan maknya tetapi tidak dilayan .
“rian tak mau ayah ,please ..” rayu rian
“keputusan ayah muktamad tiada alasan lagi”  bentak ayahnya.
“rian tak mauuuu…” teresak-esak nangis rian apabila dipaksa berkahwin dengan daus.
“masuk bilik dan jangan keluar !!! ”arahan ayahnya . ayahnya mengurung rian dalam bilik supaya rian tidak larikan diri semasa malam pernikahan .
Rian pantas mendail nombor daus dan memujuk daus supaya batalkan pernikahan . daus tidak dapat berbuat apa-apa . malam pernikahan tersebut rian tidak berhenti menangis . rian mengenakan kurung moden berwarna putih . rian sah menjadi isteri daus dengan sekali lafaz . selepas majlis akad nikah rian pengsan dan membuat suasana di dalam rumah menjadi riuh . daus baru saja bergelar suami mengangkat susuk tubuh rian ke bilik pengantin dan mengambil tuala basah kerana badan rian panas secara tiba-tiba . selepas doctor memberi suntikan rian terlena kesan ubat tersebut .
“abang sayangkan rian, abang doakan pintu hati rian terbuka untuk menerima abang”kata daus sambil mengusap rambut si isterinya . dia redha jodohnya seperti ini . tuhan telah kabulkan permintaannya untuk menjadikan rian sebagai tulang rusuk kirinya .


Rian bangun saja melihat daus tidur disebelahnya .pelukan daus sangat kuat membuat rian lemas dalam pelukan suaminya itu . rian menjerit membuat daus lekas-lekas bangun .


“apa yang kau buat kat aku hah !!setan .” jerkah rian apabila melihat pakaiannya ditukar.
“buat apa sayang?” daus mengosok matanya .
“hei , setan kau jangan nak bersayang-sayang dengan aku .keluar daripada aku . keluarrrrr !! ” ngamuk rian kerana baginya dia tidak percaya mana-mana laki termasuk dengan daus kerana daus pernah lakukannya seperti itu . kata-kata daus sampai sekarang rian ingat .
“rian what happen” ayah dan mummynya pelik melihat bilik berselerak . rian seperti orang gila.
“why setan ni masuk dalam bilik rian ..rian tak mau tengok setan ni ..pergii!!” rian halau daus keluar daripada biliknya . ayahnya tidak tahan sabar menampar PANGGGGGGGGGGG!!!!!! Rian .
“who setan ,daus ni suami rian . faham.” Marah ayahnya
“rian benciii dia” nangis rian .
“firdaus mukhriz suami sah rian” jelas mummy dan maknya .



Rian menangis teresak-esak sempat ditenangkan oleh daus . rian meluahkan perasaan kepada daus . rian membencikan suaminya . daus tidak mahu kehilangan isterinya lalu daus kena bersikap lebih tegas lagi kerana rian paling takut ditengking .


(bersambung)........

1 comment:

  1. Casino Finder - Ohio's #1 Sportsbook
    Welcome to the Best Online 세종특별자치 출장샵 Casino 의왕 출장샵 Finder app, where you can quickly 문경 출장마사지 access the best sports betting apps and bet on 경산 출장마사지 sports including NFL, NBA, 성남 출장마사지 NHL, college basketball

    ReplyDelete